Sunday, December 5, 2010

rayer 6@ raya kubur

korang pernah dengar tak pasal sambutan raya 6@raya kubur pada hari raya ke-7? x pernah? ha!! meh ak cerita. Actually ak tak tau la psl sambutan raya 6@raya kubur ni di tempat lain, tp kat kampung ma ak perayaan (ak tak pasti istilah ni betul x..kalu salah minta maaf la yea) ini disambut besar2an malah rasanya lebih meriah dan dinantikan dari sambutan hari raya pertama.oh kampung ma ak? hehe ma aku berasal dari kg Belimbing, Jeli. perayaan ini disambut pada hari ke-7 syawal tiap2 tahun. sejak bila bermula ak x pasti yg pasti ia telah jadi amalan tradisi sejak atuk aku lg. kenapa 7 syawal? sbb biasanya orang kampung ma ak akan stat berpuasa pada hari ke-2 hingga ke-6..apa orang panggil puasa 6. so ari ke7 akan beraya. itu lah sebab dipanggil raya 6. tujuan utama disambutan adalah untuk membersihkan kubur. disebabkan itu juga sambutan inidikenali dengan raya kubur. pada hari itu, pepagi lepas sarapan, golongan lelaki akan bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk membersihkan kawasan perkuburan nenek moyang kami.. manakala golongan perempuan akan bersiap sedia sediakan makanan tengahari dirumah memasing. makanan ini kemudian akan dibawa dan dikumpulkan di tepi sungai berhampiran dengan kawasan perkuburan itu. kemudian seluruh kampung dijamu dengan makanan yg telah disediakan. bermacam2 jenis makanan ada. terpulang pada orang kampung mahu makan apa. hulurkan sahaja pinggan..konfem dpt makanan. meriah memang meriah...sebab seluruh penduduk kampung..termasuk penduduk kampung jiran juga datang. maka ramai lah yg berkumpul ari itu..kalu rasa2 nk usha anak dara ..ha time ni boleh usha...budak2 pulak memang seronok abis..ye la dpt makan...dah tu dpt mndi sungai plak...hehe..



ini antara kaum kerabat aku...

mcm ni la keadaan kami berkelah...
ini pandangan jauh keadaan sungai tempat kami berkelah..

tempat segala makanan dikumpulkan.....


P.S: ini pengalaman pertama aku sambut raya 6 ni actually..hehe selepas 25thn...akhirnya merasa jugak aku sambut raya6 ni....thank to cik da kita..untuk pic2 ini....

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt.

    Maaf andai tersinggung dengan suatu yang benar.

    Raya 6 adalah rekaan baru dalam agama. Inilah salah satu perkara yang disebut sebagai bid'ah.

    Bid'ah hanya merosakkan kecantikan Islam. Ia dilarang keras yang mana disebut dalam hadith shahih, setiap yang baru adalah bid'ah. Setiap bid'ah itu sesat. Dan setiap yang sesat itu di neraka.

    Mujur tidak seperti di sesetengah tempat, pagi tu mereka anjurkan solat raya 6. Mereka telah mendahului Allah dan rasulullah dalam bersyariat. Bertaqwalah kepada Allah!

    Maklumkan kebatilannya kepada kelyarga, sanak-saudara dan kenalan anda semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam wbt

      saya berterima kasih dengan info saudara berkenaan raya 6 ini.cuma saya kurang pasti akan raya 6 yang diceritakan oleh saudara. tetapi saya rasa raya 6 yang saudara nyatakan berbeza sambutan seperti mana disambut oleh keluarga kami. raya 6 yang kami sambut tiada sebarang ritual keagamaan dilakukan melainkan hanya berkumpul sanak saudara dan menjamu selera selain mengambil peluang itu untuk bekerjasama membersihkan kawasan kubur. Ianya seperti sambutan kampung terbuka, yang mana sesiapa sahaja dijemput untuk datang. jadi saya rasa ia tidaklah termasuk dalam perkara bid'ah. cuma kebetulan sambutan ini disambut pada 7 syawal iaitu selepas 6 hari kita menyambut aidilfitri. ini adalah bertujuan agar sesiapa yang ingin menunaikan puasa 6 dibulan syawal dapat lakukannya terlebih dahulu.malah kebanyakkan anak2 kampung biasanya mendapat cuti seminggu, jadi dapatlah mereka bersua muka dan bertanya kabar semasa sambutan ini. apa-apa pun terima kasih akan makluman saudara.

      Delete